Kurangkan Stress Dengan B Complex..Ia membantu melegakan tekanan.
Entri kali ini adalah berkisahkan B complex Shaklee. Pernahkah anda mengambil vitamin B Complex Shaklee dan merasakan baunya sangat teruk dan meloyakan?
Supplemen boleh kurangkan stres sebab dengan peningkatan kualiti nutrisi pemakanan secara tidak langsung menaikkan tahap kecergasan, kestabilan emosi dan kualiti tidur. B Complex Shaklee juga mengurangkan stres dan risiko penyakit-penyakit kronik.
Bagaimana B Complex Shaklee mengurangkan stres???
B Complex Shaklee mengandungi 8 Vitamin B iaitu Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3, Vitamin B5, Vitamin B6, Vitamin B12; asid folik dan 100% Biotin.
Sebenarnya bau pada B complex adalah satu petanda yang sangat bagus. Ini kerana ia memberi maksud bahawa B Complex Shaklee adalah B-Complex yang lengkap. Bahan yang menyebabkan bau kurang menyenangkan ialah Thiamin, salah satu komponen dalam vitamin B. Thiamin memberi bau kepada B complex, termasuklah bau kencing kerana ia larut air dan disingkir melalui kencing.
Vitamin Shaklee memang berbau kerana ia tidak mengandungi sebarang pewarna atau perisa. Tambahan pula ia adalah vitamin yang dihasilkan dari sumber natural. Bila dicampur perisa dan pewarna, hilanglah identitinya sebagai vitamin natural.
Vitamin B Complex Shaklee juga memberi beberapa kesan seperti merasa panas, rasa haus, rasa lesu, sekiranya ia pertama kali anda mengambilnya. Jangan risau kerana ia adalah normal. Ia memberi mesej bahawa tubuh anda sedang berinteraksi dengan vitamin B complex tersebut.
Vitamin B Complex adalah merupakan gabungan dari beberapa vitamin yang larut air. Komponen B kompleks terdiri daripada:
1. B1 (thiamin)
2. B2 (riboflovin)
3. B3 (niacin)
4. B5
5. B6 (pyridoxine)
6. B12 (cobalamine)
7. Acid folic
8. Asid panthothenic
9. Biotin
Setiap komponen dalam vitamin B Complex memiliki fungsi khusus. Vitamin ini membantu dalam fungsi sistem pertahanan tubuh dan saraf yang sihat. Ia juga membantu dalam penghasilan sel darah merah dan mampu mencegah anemia.
Tanda - tanda Kekurangan B Complex
Depresi
Murung
Insomnia
Kurang selera makan
Sembelit
Masalah lidah (lidah menjadi merah,sakit,bengkak atau kurng deria rasa)
Kurang konsentrasi
Mudah tersinggung
Melemahkan sistem saraf
Mengganggu fungsi otak
Pembentukan abnormal sel.
Kurang konsentrasi
KELEBIHAN B COMPLEX SECARA UMUM
1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
2. Mengelakkan penyakit beri-beri.
3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
6. Mencegah stress.
7. Menguatkan antibodi tubuh.
8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
11. Mencegah anemia.
KELEBIHAN B COMPLEX UNTUK KANAK-KANAK
1. Merangsang pertumbuhan.
2. Meningkatkan kemampuan berfikir.
3. Memberikan tambahan tenaga.
KELEBIHAN B COMPLEX UNTUK ORANG DEWASA
1. Menambah tenaga.
2. Mengurangkan stress.
3. Melambatkan proses uban di rambut.
4. Membantu meningkatkan konsentrasi.
KELEBIHAN B COMPLEX UNTUK IBU MENGANDUNG
1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
2. Mencegah anemia (tekanan darah rendah).
Erma Hazira
0173901192
Sid : 1075105
Email : ermaazmir8288@gmail.com
Konsultasi berterusan hanya akan diberi kepada pelanggan saya.


No comments:
Post a Comment