Sunday, 26 October 2014

TIPS MENGAJAR ANAK MENGGUNAKAN TANDAS

Saya pasti entri kali ini dapat menarik minat ibu bapa untuk membacanya kerana pasti ramai yang sedang berperang dengan anak kerana ingin mengajar anak2 ke tandas..Apa yang pasti perkongsian saya ini dapat memberi kenangan terindah pada ibu bapa uang sedang mengajar anak berdikari. Tahniah saya ucapkan...

TIPS MENGAJAR ANAK MENGGUNAKAN TANDAS

Bilakah Usia Yang Paling Tepat?
Soalan yang sering diajukan oleh para ibu mengenai isu ‘cerai lampin’ ini ialah, “bilakah umur yang paling sesuai untuk menghentikan pemakaian lampin pakai buang terhadap anak saya?” Jawapan yang diperoleh pula selalunya pelbagai dan akhirnya mengelirukan.Sesetengah ibu bapa pula berpendapat ‘cerai lampin’ adalah sangat penting dan perlu dimulakan sejak dari awal.

Ada yang melatih si manjanya memakai seluar tanpa lampin sejurus si manjanya mula pandai bertutur dan mungkin ada yang lebih awal dari itu. Ia bergantung kepada masyarakat dan di mana bayi tersebut dibesarkan. Walau bagaimanapun, kebanyakan ibu bapa memilih untuk melatih anaknya bercerai daripada pemakaian lampin sejurus si manja telah mula memahami dan bersedia untuk perubahan.

Sebenarnya, waktu yang paling sesuai untuk melatih si manja tidak memakai lampin ialah ketika si manja anda sudah mula memahami serta mampu berkomunikasi dengan persekitarannya. Keadaan ini akan menyelamatkan anda daripada perlu bersusah-payah untuk melatih si manja pergi ke tandas. Anak anda perlulah bersedia untuk melalui fasa peralihan ini.

Lazimnya, kanak-kanak tidak suka dipaksa. Sebaliknya, mereka lebih rela dan mudah dididik sekiranya keinginan untuk belajar sesuatu yang baharu itu lahir sendiri dalam dirinya. Jika terus dipaksa, si kecil mungkin akan menunjukkan reaksi protes atau memberontak. Jadi, pendekatan psikologi harus diguna pakai dalam usaha mendidik anak-anak menuju ke alam lebih dewasa ini.

TIPS MENGAJAR ANAK MENGGUNAKAN TANDAS

Adakah Si Manja Telah Bersedia?
Apabila si manja anda berkemampuan menerangkan sesuatu perkara secara lisan atau bukan lisan, ia menandakan dia telah bersedia untuk memulakan fasa peralihan tersebut. Apa yang paling penting, ibu bapa perlu bijak memahami tanda-tanda atau isyarat yang diberikan oleh si anak itu. Ibu bapa juga perlu membuatkan si manjanya memahami akan keperluan menggunakan tandas. Jadikan isu tandas ini sebagai salah satu ‘isu’ besar dalam diri mereka. Kaedah ini boleh membantu melatih si manja untuk ke tandas setiap kali ingin membuang air besar atau kecil.

Untuk permulaan, janganlah anda terlalu mengharapkan satu perubahan yang drastik boleh berlaku. Perubahan ini memerlukan masa serta latihan. Pada awal latihan sudah tentu si manja anda berhadapan dengan masalah ‘tidak sempat’ berlari ke tandas dan sebagainya. Jangan cepat berputus asa dengan memakainya lampin pakai buang semula kerana malas melayan keadaan tersebut. Kesabaran dan kerjasama para ibu bapa sangat diharapkan dalam memastikan latihan ini berjaya!

Teknik dan panduan yang betul disertakan dengan kesabaran tinggi sememangnya perlu bagi melatih kanak-kanak kecil. Ini termasuk tunjuk ajar untuk mendidik anak ke tandas, seterusnya tidak lagi bergantung kepada lampin pakai buang.

Selain mendidik anak untuk lebih berdikari, anak yang tahu ke tandas apabila tiba masanya sudah tentu menjimatkan wang ibu bapa yang banyak dibelanjakan untuk membeli lampin pakai buang selama beberapa tahun. 

Hakikatnya, kanak-kanak mampu mengawal sistem pembuangan mereka apabila mereka bersedia dari segi fizikal dan apabila mereka sendiri mahu berada dalam keadaan bersih dan kering. 

Ibu bapa perlu tahu setiap kanak-kanak adalah berbeza dan tidak perlu dibandingkan antara anak sendiri dengan anak orang lain kerana tidak semua bersedia tidak memakai lampin pada masa yang sama.

Biarpun anak-anak boleh dilatih tidak memakai lampin seawal usia tiga tahun, kadangkala berlaku juga kebocoran yang tidak disengajakan terutama sekali apabila mereka terlalu gembira, sedih atau terlalu khusyuk melakukan sesuatu.

Oleh itu, biasanya usia paling sesuai untuk melatih anak ke tandas sekitar empat tahun. Biarpun begitu, masa yang diambil untuk memastikan anak tetap kering ketika tidur pula mengambil masa agak panjang untuk dilatih. 

Selalunya anak mempelajari proses tidak kencing malam bermula usia tiga hingga lima tahun namun segelintir kanak-kanak dalam lingkungan usia itu masih kencing malam. 

TIPS MENGAJAR ANAK MENGGUNAKAN TANDAS

Tip mendidik anak menggunakan tandas: 
  • Belikan tempat duduk yang berfungsi seperti tandas mini sebagai latihan permulaan untuk anak.
  • Ibu bapa tidak boleh memaksa anak menggunakan tandas selagi anak belum bersedia.
  • Galakkan anak menggunakan tandas mini mereka.
  • Latihan ke tandas boleh dimulakan ketika usia anak dua tahun, tetapi ia berfungsi untuk menggalakkan tabiat menggunakan tandas berbanding memakai lampin.
  • Kenal pasti tanda yang menunjukkan anak sudah bersedia ke tandas misalnya mereka tahu bila lampin sudah basah atau kotor. Mereka juga akan memberitahu ibu bapa apabila mereka membuang air besar atau kecil. Malah kanak-kanak yang memberi tanda sudah bersedia ke tandas akan memaklumkan terlebih dulu pada ibu bapa apabila mereka rasa hendak membuang air kecil atau besar.
  • Berlatih menggunakan tandas akan menjadi lebih pantas sekiranya anak-anak memang sudah bersedia untuk tidak memakai lampin. Namun jika mereka masih belum bersedia, ibu bapa perlu memantau kerana mereka mungkin terjatuh ketika melakukannya.
  • Letakkan tandas mini anak di kawasan yang mudah dilihatnya dan terangkan fungsi tandas berkenaan kepada anak.
  • Jika anak anda sering membuang air besar pada masa yang sama setiap hari, anda boleh mendidiknya untuk terus ke tandas pada masa berkenaan.
  • Sekiranya anak meragam dan tidak mahu menggunakan tandas mini mereka, jangan memaksa mereka sebaliknya tunggu beberapa minggu lagi sebelum mencuba.
  • Jangan menunjukkan rasa marah sekiranya anak mengotorkan kawasan tandas mini kerana mereka masih belum pandai menggunakannya. Sikap yang tenang dan terus bersabar menunjukkan cara yang betul akan membuatkan anak menjadi lebih yakin menggunakan tandas dengan baik pada masa akan datang.
  • Apabila anak berjaya menggunakan tandas mini mereka, ibu bapa harus memuji dan membuatkan anak gembira kerana anak-anak kecil akan berasa bangga apabila mereka berjaya dalam sesuatu percubaan. Pujian yang diberikan akan membuatkan mereka berasa lebih yakin untuk melakukannya lagi.
  • Tiba masanya, ibu bapa tidak perlu memberi tunjuk ajar sebaliknya anak-anak akan menggunakan saja tandas mini apabila ia rasa mahu menggunakannya tanpa banyak masalah.
Semoga perkongsian saya dapat memberi sedikit ilmu kepada ibu bapa yang ingin mengajar anak ke tandas dan dapat memberikan manfaat kepada kepada keadua ibu bapa..SELAMAT MENCUBA!!!

JENIS DAN FESYEN TUDUNG YANG SAYA SUKA

JENIS DAN FESYEN TUDUNG YANG SAYA SUKA

BENARKAH fesyen berhijab kebanyakan masyarakat hari ini berlebih-lebihan? Jika diperinci bukan sahaja kalangan artis, orang biasa kadang kala tidak ketinggalan 'terlebih' dalam hiasan dan aksesori.

Lihat saja gaya bertudung ada yang ala Lady Gaga, penuh dengan hiasan seperti manik dan labuci di kepala, selain warna 'fancy' yang menarik orang lain untuk melihatnya, hingga nampak seperti berlumba-lumba ingin lebih cantik.

Tidak kurang pula sesetengah mereka bertudung dengan sengaja menampakkan subang besar bergayutan di telinga, sanggul terlalu tinggi seperti bonggol unta, hiasan bunga setompok besar di kepala, serta memakai shawl entah berapa kali lilitan, selain beberapa lapis anak tudung yang diselang-selikan warnanya.

Tudung jenis turban pula dikatakan menjadi pilihan masa kini, dikatakan mudah dipakai, senang bergerak dan mudah digayakan, biarpun kelihatan agak tebal menutupi kepala.

Kita yang melihat ini pula terasa panasnya melihat fesyen sedemikian rupa apatah lagi dalam iklim khatulistiwa negara ini.

Sama ada kurang prihatin dengan maksud sebenar berhijab, kelompok ini seakan tidak peduli dan bangga dengan fesyen tudung digayakan... kononnya mahu mempunyai gaya tersendiri atau mengikut artis atau idola mereka, seperti dalam hati mereka berkata, "Suka hati akulah" atau mungkin "Biarlah apa orang nak kata, janji aku tak kacau orang,".

Bagaimanapun salah satu ayat tentang penggunaan jilbab dalam al-Quran, mungkin boleh menjadi panduan kita iaitu ertinya: "Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.

Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. Dan ALLAH Maha Pengampun, Maha Penyayang". (Surah Al-Ahzab: 59)  

Apa pun, biarpun mahu berfesyen, yang penting perlulah menutup aurat, ada cara atau batasan, selain mengikut kesesuaian agama, iklim, budaya, adab dan adat kita.

Bagi wanita Muslimah, jangan pula terikut-ikut fesyen bertudung, sehingga cara pemakaian menyamai agama atau budaya luar dari Islam.

Memakai tudung bukan sekadar untuk memenuhi kewajipan tapi haruslah tahu makna sebalik tudung itu.

Ada yang menggunakan tudung hanya untuk berfesyen, ada pula yang sememangnya tahu hukum memakainya.

Tudung bukan hanya untuk menutup aurat tapi mendidik kita menjaga akhlak. Jika hanya memakai tudung tapi tidak menjaga akhlak untuk apakah tudung itu dipakai, umpama hanya mahu mempermainkan agama dan tuntutan serta suruhan ALLAH kepada hambanya. Fahamilah makna disebalik tudung...


Pada saya,saya adalah peminat tudung bawal,kerana ia sangat simple dan mudah digayakan. Antara tudung bawal yang HOT sekarang ini ialah Fenomena Tudung Bawal Aidijuma yang di reka oleh Datin Norjuma. Saya suka akan design dan jenis kain di samping ia boleh dipakai dengan pelbagai cara dan selesa...kini ia menjadi trend pada masa kini.Selain itu, tudung bawal sesuai dipakai di Malaysia kerana iklim Malaysia yang panas dan lembap..I LOVE TUDUNG BAWAL...Hehehehehe...


JENIS DAN FESYEN TUDUNG YANG SAYA SUKA

JENIS DAN FESYEN TUDUNG YANG SAYA SUKA

JENIS DAN FESYEN TUDUNG YANG SAYA SUKA


JENIS DAN FESYEN TUDUNG YANG SAYA SUKA


TIPS PERSEDIAAN SEBELUM KAHWIN

Assalamualaikum buat bakal2 pengantin sekalian..

TIPS PERSEDIAAN SEBELUM KAHWIN


 Kahwin! satu perkataan yang semua orang suka bukan? siapa yang tidak mahu berkahwin dengan orang tersayang kan? tak kisah lah dah lama berkawan atau baru seminggu couple.. ehh? Yang penting, apa yang kita inginkan dalam sesuatu perhubungan itu adalah diakhiri dengan satu ikatan yang sah iaitu perkahwinan. Lebih-lebih lagi kepada mereka-mereka yang dah habes belajar dan sudah pun bekerja.Dalam list target mereka mesti ada perkataan ‘kahwinn !’ atau ‘nak kahwinnn...’ ataupun ‘ jom kahwin’ atau apa-apa lagilah tapi yang penting maksud dia kahwin. Macam senang je kan kahwin ni? tapi hakikatnya adakah semudah lidah menuturkan bicara?

Merisik sudah, bertunang pun sudah, sekarang masanya untuk menghitung hari untuk melangkah ke fasa seterusnya iaitu pernikahan dan persandingan. barulah complete semua fasa-fasa perkahwinan orang melayu kan. Pelbagai keperluan yang perlu disediakan dari pelbagai aspek, antaranya adalah dari segi kewangan,ilmu agama dan fizikal

TIPS PERSEDIAAN SEBELUM KAHWIN

Antara persiapan yang perlu difikirkan sebelum majlis perkahwinan, antaranya ialah: 

1. Bajet
Sebelum memulakan persiapan majlis perkahwinan, tetapkan dahulu berapa banyak bajet yang diperlukan dan yang anda sanggup keluarkan. Rancang bajet dengan sebaik-baiknya. Berbincang dengan pasangan dan rangka draf perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk persiapan majlis perkahwinan. Bincangkan juga tentang sumber bajet agar semuanya boleh disediakan.

2. Prosedur pernikahan
Borang nikah, kadi, wali, saksi, ujian HIV, kursus kahwin, mas kahwin dan dokumen-dokumen berkaitan; pastikan anda dan pasangan tahu apa yang perlu dilakukan dan dipersiapkan untuk memenuhi semua syarat prosedur pernikahan yang ditetapkan Jabatan Agama Negeri. Setiap negeri mungkin mempunyai syarat-syarat yang berbeza. Rancang bila dan tempoh yang sesuai untuk melaksanakan semua prosedur yang dikehendaki. Sebaik-baiknya, mulakan dalam tempoh tiga bulan dari tarikh majlis pernikahan.

3. Makanan untuk majlis kenduri
Kebiasaannya, banyak belanja diperlukan untuk mempersiapkan makanan untuk majlis kenduri. Anda boleh memilih samaada untuk memasak sendiri pada hari majlis, ataupun menempah dengan katerer. Anda mungkin boleh berjimat dengan memasak sendiri, namun banyak perkara perlu dipersiapkan terutama dalam penyediaan bahan-bahan masakan. Tentukan menu dan kuantiti hidangan yang sesuai untuk majlis kenduri nanti. Sebaik-baiknya, mulakan persiapan dalam tempoh tiga bulan sebelum majlis.

4. Kanopi dan set kenduri
Kanopi, kerusi, meja, pinggan, mangkuk dan set menghidang; pastikan anda tahu dengan siapa dan bagaimana untuk dapatkan semua keperluan tersebut. Jika menempah makanan dengan katerer, mereka mungkin turut menyediakan semua keperluan ini. Jika tidak, anda perlu dapatkan dari penyedia perkhidmatan ini. Senaraikan dahulu barang-barang yang diperlukan, jangan sampai tertinggal perkara-perkara yang kecil seperti sudu, garfu dan bekas air.

5. Kad jemputan kahwin
Kad jemputan kahwin adalah medium utama untuk menjemput tetamu ke majlis perkahwinan anda. Untuk menempah kad jemputan kahwin, sebaik-baiknya dilakukan tiga bulan sebelum majlis perkahwinan. Ingat, kad perlu diedar dalam tempoh sebulan sebelum majlis, jadi pastikan anda boleh memastikan kad siap sebelum diedarkan. Kad boleh ditempah di kedai-kedai berhampiran tempat anda. Untuk lebih mudah lagi, tempah sahaja secara 'online'.

6. Set pengantin
Set pengantin merangkumi pelamin, meja beradap, hiasan bilik tidur dan juga busana pengantin. Anda boleh mengambil pakej lengkap yang menyediakan semuanya. Seleok-eloknya, tempah awal supaya anda mempunyai lebih banyak pilihan.

7. Jurugambar
Rugi sekiranya kenangan indah majlis perkahwinan tidak diabadikan dalam bentuk gambar. Di sinilah pentingnya mendapatkan khidmat seorang jurugambar profesional untuk merakamkan kenangan majlis anda. Jika ada bajet lebih, boleh dapatkan juga khidmat videografer. Pada masa sekarang, ramai yang menyediakan kedua-dua pakej video dan gambar. Semuanya bergantung kepada pilihan dan bajet anda.

8. Hantaran perkahwinan
Tentukan berapa bilangan hantaran perkahwinan yang akan disediakan oleh setiap pasangan. Mengikut adat Melayu, biasanya bilangan hantaran perkahwinan adalah bernombor ganjil, dan bilangan yang diberikan pengantin perempuan melebihi bilangan yang diberikan pengantin lelaki. Namun, tidak salah jika ingin memberikan bilangan yang sama. Untuk gubahan hantaran perkahwinan, anda mungkin boleh lakukan sendiri. Banyak video panduan yang boleh anda tonton. Jika ada bajet lebih, upah sahaja orang lain untuk melakukannya.

9. Ole-ole tetamu
Seperkara lagi yang perlu ada untuk persiapan majlis perkahwinan adalah ole-ole untuk tetamu. Ini sebagai tanda cenderahati untuk para tetamu yang sudi hadir memeriahkan majlis perkahwinan anda.

Semoga tips di atas dapat memberikan manfaat kepada bakal2 pengantin yang ingin melangsungkan perkahwinan.

JANGAN BIARKAN HB RENDAH KETIKA HAMIL

Makanan Tingkatkan Hemoglobin Rendah (Hb)



Hemoglobin (Hb)
Kadang kala ada dalam kalangan wanita hamil yang mempunyai masalah bacaan hemoglobin (Hb) rendah di dalam sel darah merah atau dikenali sebagai anemia. 


Hemoglobin (Hb)  merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu apabila ibu hamil mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia (kurang kandungan oksigen) dan kurang tenaga.

Anemia dikesan melalui ujian darah iaitu apabila paras hemoglobin (Hb) dalam sel darah merah kurang daripada 11gm/dl.  Cara mengatasi masalah anemia iaitu melalui pengambilan suplemen menambah darah dan pemakanan makanan kaya dengan zat besi.

Pengambilan suplemen yang bersesuaian untuk wanita hamil bermasalah anemia adalah zat besi, asid folik, vitamin C dan vitamin B kompleks. Suplemen tersebut penting kerana kandungan zat besi, B kompleks dan asid folik diperlukan untuk pembentukan sel darah merah. Suplemen vitamin C pula membantu meningkatkan penyerapan zat besi.

Sebaiknya makan pil tersebut bersama air kosong atau jus buah-buahan untuk penyerapan optimum. Elakan daripada minum dengan air kopi, teh, minuman berkola, bercoklat dan susu. Minuman ini mengandungi bahan yang menghalang penyerapan zat besi.

Jika ingin mengambil makanan mengandungi bahan penghalang penyerapan zat besi, pastikan ia diambil sekurang-kurangnya satu hingga dua jam selepas waktu makan atau selepas makan suplemen zat besi.

Sumber makanan yang kaya zat besi yang baik adalah terdiri daripada sumber haiwan seperti daging, hati, ayam, limpa, kerang, ikan, sotong dan ikan bilis. Sayur-sayuran hijau pula seperti pegaga, pucuk paku, kangkung, bayam dan kalian.


Lebihkan makan makanan yang membantu meningkatkan penyerapan zat besi di dalam hidangan setiap hari seperti:
  • Buah dan sayur yang kaya dengan vitamin C iaitu jambu batu, limau, betik, mangga dan sayuran hijau.
  • Minum jus buah-buahan.
  • Makan bersama pencecah buah-buahan seperti sambal mangga, tomato atau limau kasturi.
  • Gunakan perencah daripada sumber haiwan seperti ikan bilis, udang, isi ayam dan daging.
Mujur  Shaklee ada menghasilkan  multivitamin yang kaya dan dilengkapi dengan zat besi. Ya nama multivitamin itu ialah Vitalea. Pengambilan suplemen 2 biji Shaklee Vitalea Iron Formula sangat-sangat membantu menangani masalah anemia (low Hb) ketika hamil ini. Untuk kesan yang maksima ambil Vita Lea bersama - sama dengan Vita C Shaklee.






Apa yang uniknya Vitalea shaklee???
  1. Tablet disaluti spirulina, sangat larut dalam air dan mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan maksimum di usus kecil
  2. The best multivitamin dalam 'Public Interest' tahun 2000. 
  3. Ujian klinikal menunjukkan pengambilan vitalea selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%
  4. Disokong oleh 7 kajian klinikal
  5. Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru
  6. Menjalani lebih daripada 340 ujian kawalan mutu untuk memastikan ketulenan dan potensi produk..
Biasanya apabila ibu hamil buat monthly check up, klinik akan bekalkan dengan vitamin obimin. Obimin merupakan vitamin yg memang lengkap dgn zat besi. Tapi saya  tak makan obimin ini. Saya lebih rela memilih untuk mengambil vitalea daripada obimin. Kenapa? 
Ini jawapannya..


Semoga perkongsian saya kali ini  dapat memberi manfaat kepada ibu hamil. Nantikan segmen ini di episod seterusnya. Jaga diri dan jaga bayi dalam perut tu. Love you all mommies!

Pada yang nak order, Jom order dengan saya sebab saya membuat penghantaran ke seluruh MALAYSIA tapi dengan POS LAJU yer...hehehehe...Tapi kalau di sekitar Shah Alam boleh buat penghantaran sampai ke rumah, ATAU anda boleh terus membuat pembelian di eSELL SHAKLEE.

Hubungi saya...
Erma Rahman
0173901192
Sid : 1075105
www.vitamindebomb.com
#shakleeeffect
#shakleelover
#sayasipenjualvitaminshaklee

URAT SIMPUL KETIKA HAMIL

Penyelesaian Masalah Vena Varikos (urat simpul) ketika hamil.




Masalah vena varikos (urat simpul) atau varicose vein menyerang ramai wanita mengandung. Vena varikos berlaku apabila vena (salur darah yang membawa balik darah kurang beroksigen dari bahagian badan yang lain ke jantung dan paru-paru) menjadi tebal dan membesar.

Disebabkan pembesaran tersebut, ia kelihatan membiru atau ungu serta berpintal dan akan terkelular sedikit dari bahagian kulit seakan menggelembung. Vena mempunyai pintu injap kecil untuk mengelak darah daripada mengalir secara terbalik.

Otot kaki akan mengepam vena untuk menghantar darah ke jantung, melawan kesan graviti. Apabila vena menjadi varikos, pintu injap tidak lagi berfungsi dengan betul dan injap tidak bekerja. Ini menyebabkan darah bergerak pada arah yang songsang dan vena membesar lebih daripada biasa.

Vena varikos biasa berlaku pada vena bahagian kaki disebabkan tekanan ketika berdiri. Kadang kala masalah ini boleh berlaku di bahagian lain seperti vagina tetapi ia jarang berlaku.

Walaupun masalah ini kerap menyerang golongan wanita hamil tetapi wanita normal dan lelaki tidak terkecuali. Ketika mengandung, pertambahan hormone progestron menjadikan vena berkeadaan lega (injap terbuka) mengundang masalah vena varikos selain pembesaran uterus secara semula jadi menekan vena.

Jenis pekerjaan seseorang juga mempengaruhi  risiko mendapat serangan vena varikos seperti mereka yang berdiri terlalu lama ketika bekerja iaitu jururawat, pelayan restoran, guru dan sebagainya. Bahkan wanita hamil yang mengalami masalah berat badan berlebihan juga terdedah menderita sakit urat simpul akibat kaki terpaksa menampung beart badan yang berlebihan.

Mereka yang mengalami masalah vena varikos akan berasa sakit dan tidak selesa di bahagian kaki dan tidak boleh berjalan jauh. Pesakit berkemungkinan mengalami kekejangan pada waktu malam dan lebih teruk ada yang mengalami gatal-gatal pada kulit.

Oleh itu bagi ibu hamil yang mengalami masalah vena varikos anda perlu melakukan perkara berikut sebagai salah satu penyelesaian mengurangkan kesakitan.

*Banyak berehat
Jika terlalu aktif, banyak berdiri dan berjalan kaki ia akan hanya memburukkan lagi keadaan vena varikos yang dialami. Sebaliknya banyakkan berehat dan jika perlu berjalan, lakukan ia secara perlahan dan tidak boleh berjalan jauh.

*Pakai kasut rata
Jangan bermimpi untuk terus tampil dengan kasut tumit tinggi anda seperti ketika belum hamil. Utamakan keselamatan dan kesihatan diri berbanding penampilan. Pemakaian kasut tumit tinggi hanya akan menyebabkan vena varikos semakin teruk. Sebaiknya pakai kasut rata sepanjang kehamilan bagi mengelakkan kesakitan pada diri sendiri.

*Tinggikan kaki ketika tidur
Cara ini membantu melancarkan aliran darah selepas seharian berjalan kaki. Letakkan bantal di bawah kaki sehingga posisi kaki lebih tinggi ketika tidur. Ia membantu pembuluh darah tidak menggunakan tenaga yang lebih untuk naik.

ostematrix shaklee

ostematrix shaklee
Saya memang syorkan Ostematrix ni pada kawan-kawan yang mengandung dan mereka kata memang bagus sangat. Sakit belakang dah kurang, bangun dengan cergas, senang buang air besar dan takde dah cramp lagi.

Bagaimana Ostematrix membantu ibu-ibu hamil ye?

♥ mendapat kalsium yang secukupnya untuk ibu dan anak.
♥ mengoptimumkan pengambilan kalsium dengan formulasi vit D, magnesium yang memastikan serapan yang bagus utk tulang
♥ menghilangkan lenguh-lenguh dan sakit belakang
♥ bangun dengan cergas tanpa rasa letih
♥ sistem penghadaman kerana ia mampu melawaskan
♥ tiada lagi cramp, simpul biawak masa mengandung.

Pada yang nak order, Jom order dengan saya sebab saya membuat penghantaran ke seluruh MALAYSIA tapi dengan POS LAJU yer...hehehehe...Tapi kalau di sekitar Shah Alam boleh buat penghantaran sampai ke rumah, ATAU anda boleh terus membuat pembelian di eSELL SHAKLEE.

Hubungi saya...
Erma Rahman
0173901192
Sid : 1075105
www.vitamindebomb.com
#shakleeeffect
#shakleelover
#sayasipenjualvitaminshaklee

Tuesday, 21 October 2014

5 AKTIVITI BERMAIN DENGAN BAYI SEPANJANG HARI

Seronoknya ibu yang bergelar suri rumah kerana dapat menghabiskan masa seharian dengan bayi. Agaknya apa sahaja aktiviti yang anda berdua lakukan sepanjang hari? Pernahkah terbit rasa bosan menghabiskan masa dengan si kecil?



Kalau anda buntu apa lagi aktiviti yang boleh dilakukan bersama bayi sepanjang hari, berikut ada beberapa idea yang boleh diguna pakai. Selain seronok bermain bersama, aktiviti ini juga membantu merangsang perkembangan si manja.

Membaca untuk bayi
Walaupun bayi anda masih belum tahu membaca, tetapi aktiviti ini boleh membuatkan dia duduk diam apatah lagi jika anda menggunakan buku bergambar penuh warna-warni dan membacakannya dalam nada yang bersemangat. Lakukan ia sebagai rutin dan ketika bayi anda dalam ‘mood’ yang baik.

Bercerita, menyanyi dan menari
Ketika melakukan aktiviti ini, bayi anda pasti ketawa keseronokan. Ia membantu bayi membentuk kemahiran tatabahasanya. Keceriaan yang terhasil daripada aktiviti menyanyi dan menari pasti merangsang minda bayi menjadi anak yang positif dan ceria.

Berbual dengan bayi
Percayalah si kecil biarpun masih dalam tempoh berpantang boleh diajak berbual. Jika anda rajin berbual dengan bayi sejak usia kecil, dia akan cepat belajar bercakap dengan bahasa yang betul tanpa pelat.

Berguling
Aktiviti santai berguling di atas katil dengan si comel memang menyeronokkan. Dia pasti teruja dan ternanti-nanti melakukan aktiviti ini dengan papa dan mama. Berguling dan bergelak ketawa merangsang bayi anda membesar penuh kasih sayang.

Mengurut bayi
Ia boleh menjadi aktiviti yang menyihatkan. Seperti kita sedia maklum, urutan sememangnya baik untuk bayi. Tetapkan jadual urutan untuknya setiap hari. Urutan lebih elok dilakuan selepas waktu mandi. Buat urutan sambil berbual, bercerita dan menyanyi dengan bayi. Ia pasti aktiviti dinantikan oleh bayi.




Anak-anak harta kita. Jangan kita bebani mereka dengan perkara yang tidak sepatutnya. Biarkan mereka menerokai alam kanak-kanak mereka dengan gembira dan pastikan anak kita sentiasa kekal sihat.

Erma Rahman
0173901192
Sid : 1075105
www.vitamindebomb.com
#shakleeeffect
#shakleelover
#sayasipenjualvitaminshaklee